SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Friday, September 17, 2010

bekerjasama

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT-PSK

Khidmat Masyarakat ialah kompenan amali dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Setiap murid dikehendaki menjalankan projek tertentu di luar waktu persekolahan sekurang- kurangnya 10 jam setahun.
     Melalui projek ini , murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam mata pelajaran ini yang dipelajari di dalam bilik darjah.Secara tidak langsung, murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberikan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.
     Tema bagi projek ini adalah berbeza antara tingkatan. Tingkatan 1 boleh memilih sama ada Tema 1 atau Tema 2, manakala Tingkatan 2 dikehendaki menjalankan projek yang berkaitan dengan Tema 3. Tingkatan 3 menyediakan projek bagi Tema 4, Tema 5 disediakan oleh murid Tingkatan 4, dan Tema 6 akan dijalankan oleh murid Tingkatan 5.
     Projek ini boleh dibuat secara individu ataupun berkumpulan.Walaupun begitu setiap murid dikehendaki menyediakan hasil kerja mereka secara individu.

SELAMAT DATANG ke BLOG KAMI





Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya pada hari yang bertuah ini saya berjaya membina sebuah laman blog PSK yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada pelajar SMK Tinggi Melaka dan guru- gurunya khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia amnya.Saya berharap sama- samalah kita berkongsi ilmu dan idea dari semasa ke semasa.
     Selaras dengan perkembangan dunia pendidikan abad ini, laman blog PSK diharap dapat melahirkan generasi moda yang dinamik, produktif, berketerampilan serta bertanggungjawab kepada agama, bangsa, dan negara tercinta.
    Semoga laman blog ini dapat menjana minda pelajar ke arah masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.